What We can Offer You

What We can Offer You

Followers

Thursday 4 June 2015

Kelas Vokal di Broadway Academy


Anda berminat belajar menyanyi?
Tidak mempunyai latar belakang muzik tetapi ingin belajar menyanyi?
Mahu belajar menjadi penyanyi profesional?
Adakah semua orang boleh menyanyi?
Anda penyanyi profesional tetapi anda mengalami sedikit masalah menyanyi nada yang tinggi?
Anda hilang suara setiap kali selepas menyanyi?
Mengapa sukar untuk melontarkan suara?
Bagaimana untuk menyanyi dari diaphragm?
Bagaimana untuk melontarkan suara?
Anda sudah menghadiri kelas vokal tetapi belum ada improvement?
Adakah sudah terlambat untuk belajar menyanyi?
Orang kata suara anda tak sedap?
Mahu belajar menyanyi supaya boleh membuat persembahan?
Mahu 'impress' rakan-rakan di tempat karaoke?
Anda tertanya-tanya bagaimana suara anda dibuat?
Bagaimana untuk mengatasi masalah suara sengau?
Suara anda pecah apabila menyanyi lagu tinggi?
Mengapa range suara anda kecil?
Bagaimanakah cara untuk menjaga suara?


Jika anda ada tertanya-tanya salah satu soalan di atas, pastikan anda ajukan soalan tersebut kepada kami di Broadway Academy. Di Broadway Academy, sejajar dengan kata-kata pengasas Estill Voice Training, Jo Estill, setiap orang boleh menyanyi dan setiap orang mempunyai suara yang merdu. Kelas vokal di sini mengaplikasikan teknik dan falsafah pembelajaran Estill.


Asas pembelajaran vokal Estill Voice Training adalah pengetahuan anatomi peti suara (voice box) dan kemahiran mengawal dan memanipulasi semua struktur yang terlibat dalam penghasilan suara di dalam dan di sekeliling larynx. Jo Estill, seorang yang mempunyai bakat menyanyi sejak kecil, sering tertanya-tanya bagaimanakah suaranya di hasilkan. Dia akhirnya menjalankan penyelidikan saintifik menggunakan teknologi x-ray, endoscopy dan sebagainya untuk mempelajari proses penghasilan suara yang sebenar.

Modul Latihan Suara Estill (Estill Voice Training) ini dijadikan asas kepada pembelajaran di BATS. Hasilnya amat memberangsangkan dan kami berani beri jaminan yang anda akan berpuas hati dengan hasil latihan di sini. 

Selain itu, kami juga menyediakan peluang kepada pelajar kami untuk mempraktikkan pembelajaran mereka di dalam recital bulanan dan showcase yang kami adakan pada setiap semester pembelajaran. 

Jangan tunggu lagi! Hubungi kami dengan segera dan kami akan membantu anda untuk mencapai target vokal anda dengan efektif dan selamat!

No Telefon: 03-76100879
Hotline: 017-2916160 (whatsapp/sms)
Email: enquiries.ba@gmail.com

Photobucket





No comments:

Post a Comment