What We can Offer You

What We can Offer You

Followers

Wednesday 23 August 2017

Kelas Show Choir di Petaling Jaya, Malaysia

Apakah itu Show Choir?

Anda mungkin pernah mendengar perkataan Show Choir atau mungkin anda pernah menonton siri TV yang terkenal GLEE, atau mungkin anda pernah terlihat poster atau promosi kami, tetapi adakah anda tahu apakah itu Show Choir?


Susunan yang menarik, tarian yang serentak, melodi dan harmoni yang cukup sempurna, dan acapkali dengan beberapa gabungan atau medley lagu. Inilah dunia Show Choir masa kini. Di Amerika, tradisi ini telah begitu lama di praktikkan namun di Malaysia, ia masih satu konsep yang baru.


Penerangan yang paling mudah untuk mendefinisikan Show Choir adalah ia adalah permulaan bagi teater muzikal. Sebagai ahli Show Choir anda akan dilatih untuk menyanyi, menari dan berlakon. Tidak seperti koir traditional yang menggunakan gerak tari yang minimal atau tanpa sebarang gerak tari, ahli Show Choir perlulah bersedia untuk melakukan gerak tari sepenuhnya yang seringkali mengikut tema atau jalan cerita tersendiri. Dan apa yang lebih menarik, sedang mereka menari, mereka juga perlu memastikan untuk menyanyi sama seperti, malahan adakalanya lebih baik dari koir tradisi.

Ahli Show Choir perlu bekerjasama untuk menghasilkan keharmonian bukan sahaja pada nyanyian tetapi juga pada pergerakan dan gerak tari mereka. Tetapi, apa yang lebih penting kepada suatu persembahan Show Choir, ada lah prosesnya itu sendiri. Pengalaman dalam Show Choir akan meningkatkan keyakinan diri serta menggalakkan kerjasama berkumpulan.



Show Choir bermula di Amerika Syarikat pada pertengahan 1960an meskipun sejarawan budaya tidak dapat mengenal pasti tarikh dan lokasi untuk kumpulan Show Choir yang pertama. Dua kumpulan persembahan yang mengembara, bermula dengan  The Young Americans pada 1962 dan diikuti dengan Up with People pada 1968, mengembara ke seluruh negara dalam tahun 1960an dan 1970an denagn konsep Show Choir. Apabila pelajar dan pengarah melihat persembahan ini, mereka pula memulakan kumpulan yang serupa di sekolah tinggi masing-masing.

Ahli Show Choir yang terkenal; 

Megan Reinking, actress, HBO’s Boardwalk Empire (Annabelle), Broadway productions of Hair, Lestat, and Dracula
Vicki Lawrence, TV star
Ashton Kutcher, TV/film star
Gavin Creel, 2002 Tony Award nominee for Best Actor in a Musical (Thoroughly Modern Millie), 2009 Tony Award nominee for Best Actor in a Musical (Hair)
Lance Bass, ‘N Sync
Blake Lively, actress, Gossip Girl, Sisterhood of the Traveling Pants
Dianna Agron, actress (portrays Quinn Fabray in Glee)
Jim Walton, Broadway regular, lead in 42nd Street
Bob Walton, Broadway regular leading man
Andy Taylor, Fred Waring Show, Walt Disney World lead
Heather Headley, 2000 Tony Award–winning Best Actress in a Musical (Aida)
Jason Mraz, recording artist
Jenna Ushkowitz, actress (portrays Tina Cohen-Chang in Glee)
Eden Espinosa, Elphaba in Wicked, Maureen in Rent
Clay Aiken, American Idol
Laura Leighton, TV star, Melrose Place
Chris Klein, American Pie, Just Friends
Antara gambar yang boleh didapati di laman sesawang rasmi FAME - http://www.showchoirs.org/













Broadway Academy telah pun menjalankan program ini selama lebih 5 tahun. Kami telah menghasilakn lebih dari sedozen showcase dengan tema dan jalan cerita yang unik. Silibus dan cara latihan kami di Broadway Academy adalah berdasarkan budaya Show Choir yang amat meriah di Amerika. Program kami dihasikan berdasarkan garis panduan FAME Show Choir dan kami menyasarkan untuk menghasilakan pelajar yang versatil serta serba boleh dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan. Para pelajar kami didedahkan dengan pelbagai genre dari Choir Klasik ke Jazz, Broadway, Pop dan macam macam lagi.




Kami kini sedang mencari ahli baru untuk kumpulan Show Choir kami! Penyertaan di buka kepada semua yang berusia antara 13 tahun hingga 25 tahun. Sesi kelas kami adalah pada hari Sabtu, 1:30pm ke 3:00pm. 

Kelas dijalankan secara musim. Setiap musim terdapat 3 semester (October - September). Dalam setiap musim, anda boleh nantikan pelbagai persembahan, malahan acara dan pertandingan di luar negara! Lekas! Jika anda mendaftar sekarang, anda akan menrima diskaun yang lumayan! Hubungi kami untuk lebih informasi.

Broadway Academy 
B-03-27, Dataran Cascades,
No13A, Jalan PJU5/1 Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya 
landline: 03-76100879
hotline: +60172916160 (whatsapp available) 
email: enquiries.ba@gmail.com


Tiada Uji Bakat 
Tiada syarat
Tiada pengalaman diperlukan! 

hanya perlu datang dengan semangat yang membara dan bersedia untuk belajar. Kami akan melatih anda ! Hubungi kami untuk sesi percubaan percuma atau untuk mengetahui bagaimana kami dapat membantu anda. 

P/s: Jika anda adalah dari sekolah dan ingin memulakan kumpulan Show Choir anda sendiri, sila hubungi kami!

instagram kami


A post shared by Broadway Academy (@broadwayacademymalaysia) on


Sincerely,

No comments:

Post a Comment